MAHA 2026 raih pujian PM, tarik pelaburan tinggi

MAHA 2026 raih pujian PM, tarik pelaburan tinggi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas kejayaan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penghargaan itu dinyatakan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini selepas program itu berjaya menarik kehadiran pengunjung yang tinggi selain merekodkan nilai transaksi dan pelaburan yang memberangsangkan.

“Perdana Menteri amat menghargai usaha pasukan KPKM atas kejayaan penganjuran MAHA yang menghimpunkan ramai pengunjung serta mencatatkan jumlah transaksi dan pelaburan yang besar,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan tersebut membuktikan sektor agromakanan negara terus mendapat perhatian rakyat dan pemain industri selain menjadi platform penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi sektor berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut membincangkan program mengenang jasa negarawan yang berlangsung di Memorial Tun Razak semalam.

“Turut dibangkitkan pesanan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengenai ancaman komunisme, perkauman dan rasuah (3C) terhadap negara.

“Perkara itu disentuh dalam mesyuarat Kabinet sebagai sebahagian daripada usaha menghayati sumbangan dan pemikiran negarawan berkenaan.

“Pesanan yang pernah disampaikan Tun Abdul Razak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyentuh mengenai amaran terhadap unsur ‘3C’ yang mampu merosakkan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×