MANCHESTER 19 Jan. – Ketua jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi jaminan kepada Romelu Lukaku bahawa tempatnya masih ada bersama pasukan meskipun sering digantikan dengan Marcus Rasford dalam kesebelasan utama United.
Sejak Solskjaer tiba di Old Trafford, Lukaku tidak berada dalam kesebelasan utama walaupun dia telah menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan dalam semua kejohanan sebelum itu.
“Dia masih sebahagian daripada perancangan pasukan, itu sudah tentu dengan personaliti yang dimilikinya. Tiada pemain yang menjaringkan gol sebanyak dia ketika dalam latihan.
“Ada tiga pemain yang boleh memainkan peranan dengan baik namun anda ada Lukaku, Juan (Mata) dan Alexis (Sanchez) jadi saya ada enam penyerang yang boleh ditukar dan sudah tentu Lukaku berada dalam perancangan pasukan,” katanya. – AFP










