PULAU PINANG 21 Jan. – Operasi menyelamat dan mencari (SAR) berjaya mengesan kedudukan SUV yang terjunam ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau Pinang akibat kemalangan awal pagi semalam kira-kira pukul 4 petang tadi.
Menurut Koordinator SAR, Laksmana Maritim Rozali Mohd. Said, kedudukan SUV itu dikesan berhampiran tiang 34 di Kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang pada kedalaman kira-kira 20 meter.
Ketika ini, katanya, para penyelam sudah menghampiri SUV itu dan mendapati mangsa, Moey Yun Peng, 20, turut terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.
“Sekarang usaha mengangkat kenderaan itu bersama mangsa sedang diatur menggunakan kren,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










