HUBUNGAN persahabatan lebih 10 tahun antara dua rakan karib iaitu Liyana Jasmay dan Che Puan Juliana Evans akhirnya dicernakan menerusi penerbitan filem berjudul ‘Bella & Jamie’ yang mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini, 31 Januari. Ironi, filem terbitan Mermaid Studios Sdn. Bhd. itu telah ‘diperam’ selama lebih tiga tahun kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Kata Liyana Jasmay yang mesra disapa Nana itu, perkara yang menjadi penghalang filem…










