DUNGUN – Lima lelaki yang disyaki giat melakukan kegiatan mencuri motosikal termasuk sebuah milik Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd. Ramli berjaya diberkas polis di sekitar daerah ini baru-baru ini. Serbuan di beberapa lokasi yang berakhir pada pukul 10 malam semalam itu berjaya menahan kelima-lima suspek termasuk dua beradik yang berusia dalam lingkuan 18 hingga 41 tahun. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, serbuan berkenaan juga berjaya menemui…










