Letupan lori tangki minyak, ramai maut di Nigeria - Utusan Malaysia

Letupan lori tangki minyak, ramai maut di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARRI, Nigeria 12 Jan. – Ramai dijangka maut dalam letupan sebuah lori tangki minyak yang kemalangan di kawasan Odukpani semalam.

Menurut jurucakap polis Cross River, mangsa maut setelah cuba mengambil petrol yang bocor daripada tangki tersebut namun terbakar lantas menyebabkan letupan.

Katanya, letupan itu berkemungkinan berpunca daripada percikan bekas besi digunakan untuk mengambil petrol yang bocor.

“Saya tidak dapat mengesahkan jumlah kematian namun ianya tinggi,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Akpan Imon memberitahu, sekurang-kurangnya 18 maut termasuk wanita dan kanak-kanak yang rentung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN