Lelaki warga emas maut dihempap dinding konkrit - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut dihempap dinding konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut akibat dihempap dinding konkrit ketika melakukan kerja-kerja merobohkan struktur dinding sebuah rumah di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Chiam Meng Kuang, 65, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seorang lagi mangsa berusia 42 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan pada kepala.

Menurut jurucakap itu, pihaknya tiba bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa di bawah sisa runtuhan konkrit tersebut.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam di sini.

Operasi berkenaan ditamatkan kira-kira pukul 4 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN