MELAKA 29 Jan. – Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul bapa mentuanya sehingga mengalami kecederaan pada penghujung tahun lalu. Ma’aruf Esmam, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh. Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan tangan terhadap bapa mentuanya, Husin Samad 62, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di belakang bahu kanan dan…










