Lelaki bogel tunggang motosikal - Utusan Malaysia

Lelaki bogel tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Jan. – Kelakuan tidak senonoh seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel didakwa di jalan Ayer Hitam ke Kluang, tular di media sosial, hari ini.

Gelagat lelaki tersebut yang menunggang tanpa seurat benang itu menyebabkan pengguna jalan raya mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial sehingga tular.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, ekoran tularnya gambar itu, polis kini sedang giat mengesan sekali gus menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Lelaki itu jika didapati normal boleh dikenakan tindakan kerana berkelakukan tidak senonoh dan mengganggu ketenteraman awam.

“Ekoran penularan gambar itu di laman sosial, polis sedang giat menyiasat dan mengesan penunggang lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkan informasi ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Kluang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×