Lawatan kerja sehari PM ke Terengganu Isnin ini - Utusan Malaysia

Lawatan kerja sehari PM ke Terengganu Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali akan mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini, Isnin ini.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan isteri dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus kira-kira pukul 9 pagi.

Kuala lumpur-14-Mac-2014-Tun Dr Siti Hasmah di Majlis PersekutuanTun Dr. Siti Hasmah

Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris ketika mengesahkan perkara itu berkata, Perdana Menteri kemudian akan menghadiri majlis perjumpaan dengan warga pendidik Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre di Kuala Nerus pukul 9.15 pagi.

Katanya, selepas itu pukul 11 pagi, Dr. Mahatihir akan ke majlis ramah mesra dengan kanak-kanak di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar di sini sebelum menyempurnakan majlis perasmian Ibu Pejabat Bersatu Terengganu di Ladang Tok Pelam di sini pukul 12 tengahari.

Pada pukul 3 petang pula, Perdana Menteri akan menghadiri majlis ramah mesra bersama para penternak dan nelayan Terengganu di Dewan Utama Majlis Daerah Marang (MDM) di Marang.

Dr. Mahathir dan isteri kemudian dijadual pulang ke Kuala Lumpur dari LTSM, Kuala Nerus pukul 4.30 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN