Larangan merokok: Pelayan ditampar tegur pelanggan - Utusan Malaysia

Larangan merokok: Pelayan ditampar tegur pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 3 Jan.- Tindakan seorang pekerja restoran menegur salah seorang pelanggan berhubung arahan larangan merokok di tempat makan membawa padah apabila dia ditampar dalam satu insiden di Sri Muda, Seksyen 25 di sini kelmarin.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, pelayan lelaki berusia 25 tahun itu tidak mengalami sebarang sebarang kecederaan berikutan tamparan itu tidak kuat.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ketika kejadian, pekerja telah menegur tiga lelaki anggaran usia 30-an yang sedang menghisap rokok di dalam restoran.


“Namun, teguran secara baik itu mengakibatkan salah seorang daripada lelaki terbabit terus menampar muka pelayan tersebut sebelum membuat bayaran dan beredar meninggalkan restoran bersama kumpulannya.


“Ketika kejadian terdapat dua pekerja restoran dan lima pelanggan di restoran tersebut. Hasil soal siasat terhadap pelayan ini mendapati suspek jarang datang ke restoran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu, jelas Baharudin, pihaknya meminta suspek untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan secara sukarela untuk memberi keterangan.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN