MELAKA 30 Jan. – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan sebanyak 30 peratus daripada tawaran kontrak kerja dan perolehan pihak berkuasa tempatan dan agensi di negeri ini akan dibuka kepada syarikat atau usahawan baharu, berkuat kuasa serta-merta. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan usahawan dan kontraktor baharu turut diberi peluang untuk melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan kepada negeri ini. Pada masa yang sama katanya, kerajaan negeri akan memantau perkhidmatan…










