PUTRAJAYA 1 Jan.- Orang ramai termasuk ibu bapa boleh menghubungi nombor talian khidmat bantuan pertanyaan bagi mendapatkan penjelasan atau maklumat mengenai perkara-perkara tertentu berkaitan sesi persekolahan 2019. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka juga boleh menggunakan talian nombor itu untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan isu-isu seperti pemansuhan peperiksaan tahap satu, buku teks, bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warga tempatan tanpa dokumen. “Khidmat nombor talian ini akan…










