KPM jamin tiada lambakan pelajar di sekolah harian  - Utusan Malaysia

KPM jamin tiada lambakan pelajar di sekolah harian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia memberi jaminan tidak akan berlakunya lambakan pelajar di sekolah harian di seluruh negara bagi sesi persekolahan tahun ini.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana setiap sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah harian mempunyai kuota kemasukan masing-masing.

“Tidak, kenapa pula lambakan. Pelajar yang masuk SBP ada bilangannya dan yang tidak berpeluang masuk pun ada jumlahnya.

“Kali ini kita beri tumpuan kepada anak-anak keluarga B40 sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform berpangkat rendah yang kurang mendapat peluang seperti anak-anak daripada keluarga lebih berkemampuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan hari pertama sesi persekolahan 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14 (1) Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan berlakunya lambakan pelajar di sekolah harian berikutan langkah kerajaan menawarkan sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan di SBP kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Seramai 375 murid tahun satu berdaftar di sekolah itu menjadikan jumlah keseluruhan pelajarnya adalah 1,944 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN