DUBAI 23 JAN. – PEMAIN Korea Selatan, Son Heung-min melaksanakan tugasnya dengan baik dalam kempen Piala Asia 2019, namun, memberi amaran kepada rakan sepasukan agar beraksi lebih bagus andai mahu menamatkan penantian 59 tahun bergelar juara. Bintang Tottenham Hotspur itu membantu Korea Selatan meraih kemenangan 2-1 ke atas Bahrain dalam saingan 16 terbaik, untuk ke suku akhir bertemu Qatar yang menewaskan Iraq 1-0. Pemain berusia 26 tahun itu berkata, dia…










