Kontraktor didakwa pukul bapa mentua - Utusan Malaysia

Kontraktor didakwa pukul bapa mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul bapa mentuanya pada bulan lalu.

Tertuduh, Ma’aruf Esmam, 35, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan tangan terhadap bapa mentuanya, Husin Samad 62, sehingga menyebabkan kesakitan di bahagian belakang bahu kanan dan ibu jari kedua-dua belah tangan mangsa.

Tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah rumah di Ayer Keroh Heights di sini pada 30 Disember 2018.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM4, 000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan hukuman dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa cuba meleraikan pertengkaran antara tertuduh dan isterinya, yang turut dipukul dan mengalami kecederaan. 

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2, 000 dan memerintahkannya untuk tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan. Mohd. Firdaus kemudian menetapkan tarikh 27 Mac depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN