Kongres AS cari jalan selesai isu keselamatan sempadan - Utusan Malaysia

Kongres AS cari jalan selesai isu keselamatan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 30 Jan. – Anggota Kongres Republikan dan Demokrat akan mengadakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pembiayaan kerajaan dan keselamatan sempadan negara termasuklah pembinaan tembok yang dituntut oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Ahli Parlimen daripada Dewan Perwakilan dan Senat mempunyai masa kurang tiga minggu untuk merangka undang-undang belanjawan yang sesuai.

Undang-undang tersebut perlu diterima oleh Trump sebelum 15 Februari atau kerajaan akan berdepan dengan krisis shutdown kembali.

Trump sebelum ini mengancam untuk menutup operasi kerajaan semula sekiranya Kongres tidak mengutarakan cadangan yang memuaskan atau beliau terpaksa mengisytiharkan darurat untuk memastikan tembok itu dibina. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×