Klopp beri hadiah istimewa kepada penyokong berusia 104 tahun - Utusan Malaysia

Klopp beri hadiah istimewa kepada penyokong berusia 104 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 19 Jan. – Peminat setia Liverpool, Bernard Sheridan menerima hadiah cukup istimewa daripada pengurus kelab berkenaan Jurgen Kloop sewaktu sambutan hari lahirnya yang ke-104.

Sheridan telah menjadi penyokong Reds sejak 1923 dan paling mengejutkan buat dia apabila menerima beberapa hadiah daripada wakil pengurus Liverpool berkenaan di kediamannya.

Hadiah tersebut disampaikan oleh wakil Liverpool yang tiba di The Tithebarn, Great Crosby untuk memberikan surat khas ditulis oleh Kloop sendiri, kek hari lahir, t-shirt dan tiket bagi menyaksikan perlawanan Reds menentang Crystal Palace.

“Kepada Bernard, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke-104.

“Saya berharap anda gembira menyambutnya bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Terima kasih kerana terus menyokong Liverpool.

“Anda tidak akan berjalan sendirian,” tulis Kloop dalam surat yang diberikan kepada Sheridan itu.

Kata Bernard, dia mula menyokong Liverpool sejak berusia lapan tahun ketika menonton perlawanan bersama pakciknya.

“Saya amat bangga menjadi penyokong Liverpool sejak masih kecil lagi dan saya amat teruja untuk menyaksikan perlawanan pada Sabtu ini,” kata Bernard.

Bernard yang mempunyai tujuh cucu dan 14 cicit akan ditemani oleh anaknya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×