KEMAMAN – Sebuah kilang memproses kopi jenama terkenal di negeri ini yang terletak di Kawasan Perindustrian Jakar 3, Chukai di sini diserbu pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam kerana disyaki menggunakan sijil pengesahan halal tamat tempoh. Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa agensi itu turut merampas 9,565 paket serbuk kopi jenama berkenaan bernilai RM13,108 yang diproses di kilang berkenaan. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP…










