KEMELUT perpindahan Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sepatutnya tidak berlaku sekiranya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bertindak meletakkan klausa perpindahan pemain dalam kontrak kepada bintang muda tersebut lebih awal. Klausa tersebut turut mampu mengelak sekiranya berlaku sebarang tapping up oleh mana-mana pasukan yang cuba menggunakan ‘pintu belakang’ untuk mendapatkan pemain yang masih mempunyai kontrak bersama pasukan lain. Peguam Undang-Undang Sukan dari Firma Fahmi Zhafri Ashraf &…










