Kereta terbabas: Penumpang maut, pemandu parah - Utusan Malaysia

Kereta terbabas: Penumpang maut, pemandu parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Jan. – Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandu kenalannya hilang kawalan dan terbabas dalam satu kejadian di Bulatan Elmina Valley, Seksyen U15 di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa, Sharina Zee Alexander, 35, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Dalam pada itu, pemandu kereta berkenaan, Ng Tiong Sin, 53, pula kini dirawat di Hospital Sungai Buloh berikutan kecederaan parah yang dialaminya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Mohd. Apandi Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.56 malam.

Katanya, sejurus menerima panggilan, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba dilokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudiannya.

“Ketika tiba di lokasi, kedua-dua mangsa masih berada di dalam kereta berkenaan akibat tersepit. Anggota kemudiannya menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Selepas dikeluarkan, kita mendapati wanita yang duduk di bahagian penumpang telah pun meninggal dunia, manakala pemandunya mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Apandi, siasatan awal pihaknya mendapati kereta dinaiki kedua-dua mangsa terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN