Kerajaan negeri wajib akur - Reezal - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri wajib akur – Reezal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Kerajaan negeri Pulau Pinang wajib akur dengan saranan mufti supaya membetulkan perbuatan memasang lampu yang memaparkan lambang salib sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sama ada tindakan itu disengajakan atau tidak, kerajaan negeri perlu memikul tanggungjawab besar untuk mengubah perkara itu.

“Ini bukan soal kita enggan bertoleransi. Apa yang berlaku ini terlalu mencolok mata sehingga boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat. Jadi, tindakan segera perlu diambil baik pemaju mahupun sesiapa yang terlibat mesti dipanggil untuk siasatan lanjut.

“Kerajaan negeri mesti akur dengan saranan mufti kerana tiada pilihan untuk berdolak-dalih. Malah, kerajaan negeri tidak perlu berasa takut dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sesuatu yang menggugat keharmonian kaum sama ada secara sengaja ma hupun tidak sengaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta pihak berkuasa agar segera mengarahkan pihak pemaju projek di Jelutong untuk mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti lambang salib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN