LIPIS 19 Jan. – Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan nasib ibu tunggal malah akan meneruskan usaha membantu golongan itu bagi memastikan nasib dan masa depan mereka sentiasa terbela. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, usaha membantu golongan itu akan dipergiat dan tidak akan terbantut meskipun kerajaan Persekutuan dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH). “Memang kita sentiasa memberi tumpuan bagi membantu ibu…










