Keputusan STAM 2018 pada 17 Januari - Utusan Malaysia

Keputusan STAM 2018 pada 17 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 10,078 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan pada 17 Januari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu, 4,896 adalah calon sekolah menengah agama negeri; sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (2,724); dan sekolah menengah agama rakyat (851).

Calon persendirian pula seramai 1,428; sekolah menengah swasta (57); dan calon luar negara dari Kemboja (122).

KPM berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Menurut KPM, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 yang akan diaktifkan bermula 10 pagi 17 Januari 2019 hingga 6 petang 23 Januari 2019 atau melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN