Kembar tiga curi tumpuan - Utusan Malaysia

Kembar tiga curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Hari pertama sesi persekolahan hari ini mencuri tumpuan apabila tiga pasangan kembar berumur tujuh tahun mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (1) di sini hari ini.

Mereka ialah Adrian Seah,  Brian Seah dan Rachel Seah yang kelihatan ceria dan bersemangat apabila ditempatkan dalam kelas yang sama di sekolah itu.  

Menurut ibunya, Jenny Yan, 42, dia tidak mempunyai masalah untuk menguruskan anak-anaknya kerana sudah menghantar mereka belajar sejak prasekolah.

“Sejak tadika saya memang sudah menghantar mereka belajar di kelas tarian, robotik dan seni sebagai nilai tambah untuk mencungkil bakat mereka.

“Daripada situ mereka nampak lebih yakin dan berdikari untuk ke sekolah. Buktinya, hari ini, mereka semua tidak menangis langsung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seramai 200 murid tahun satu daripada 1,100 murid di sekolah berprestasi tinggi itu memulakan sesi persekolahan hari ini.

Mengulas lanjut, Jenny berkata, ketiga-tiga anaknya itu mempunyai perwatakan dan minat yang berbeza.

“Macam beg sekolah ada yang hendak warna hitam, biru dan merah, jadi kehendak mereka semuanya berlainan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN