Kemasik dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Kemasik dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Sebahagian pekan Kemasik dekat sini dilanda banjir kilat hari ini berikutan hujan lebat berlarutan yang turun sejak awal pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Saiful Azmi Suhaili berkata, setakat ini, banjir kilat telah menjejaskan tiga rumah di pekan berkenaan.

“Seramai 12 orang daripada tiga keluarga tersebut telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah di sini sehingga pukul 4.30 petang tadi.

“Begitupun, saya percaya ia hanya sementara kerana banjir kilat itu dijangka surut tidak lama lagi berikutan hujan sudah reda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Saiful Azmi berkata, berdasarkan maklumat jawatankuasa bencana daerah, banjir kilat itu kini sudah menunjukkan trend menurun.

Ujar beliau, kesemua mangsa banjir itu dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing seawal-awalnya malam ini.

“Jawatankuasa Bencana Daerah Kemaman sentiasa memantau perkembangan banjir dari masa ke semasa dan berharap penduduk sentiasa mengikut arahan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN