Keluarga mahu keadilan untuk pemandu SUV maut terhumban ke laut - Utusan Malaysia

Keluarga mahu keadilan untuk pemandu SUV maut terhumban ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG JAYA – Keluarga Moey Yun Peng yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terhumban ke dalam laut, Ahad lepas, memohon pihak berkuasa menyiasat kejadian itu secara menyeluruh bagi memberi keadilan kepada mangsa.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata, keluarganya menerima apa yang berlaku terhadap adiknya, Yun Peng, 20, sambil berharap orang ramai tidak menyebarkan spekulasi mengenai kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan.

“Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat punca kejadian dan memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya untuk menuntut mayat Yun Peng semalam.

Beliau berkata upacara pengebumian mendiang akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Berapit pada Khamis ini.

SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey, seorang penuntut kolej swasta, dilaporkan hilang kawalan selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios sebelum terhumban ke laut dari Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang pada 2.54 pagi, Ahad lepas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN