Keluar parti tidak beri kesan, ancaman kepada UMNO - Utusan Malaysia

Keluar parti tidak beri kesan, ancaman kepada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN  5 Jan. – Isu  ahli-ahli Parlimen UMNO yang keluar parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas tidak akan memberi kesan atau ancaman kepada kekuatan parti di peringkat akar umbi ketika ini.

Sebaliknya, menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad, ahli-ahli UMNO akan terus berdiri teguh di belakang pucuk pimpinan yang ada walaupun berlaku tindakan  lompat parti.

Katanya, keghairahan keluar parti yang berlaku pada tahun lalu, diyakini tidak akan menjadi satu fenomena kerana ahli-ahli Parlimen sedia ada akan terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Kami tidak pasti punca mereka keluar parti, namun alasan yang sama diberikan mengenai hala tuju UMNO dan kepimpinan parti, tetapi di mana kesetiaan mereka kepada parti yang dilaungkan sebelum ini, ” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Batu 36, Hamidah Ahmad di sini pagi ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dan Ketua Pergerakan Wanita  UMNO Bahagian Tanjung Piai, Zarina Mohd. Bain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN