Kelewatan tidak berlaku jika buat kerja - Utusan Malaysia

Kelewatan tidak berlaku jika buat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka Felda tidak akan berlaku jika dua menteri yang bertanggungjawab melakukan tugas dengan baik dan bukannya ‘sibuk’ mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur politik.

Kelewatan pembayaran peruntukan sebanyak RM77 juta secara jelas membuktikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak efisyen dalam menguruskan Felda.

Ketua Pemua UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Guan Eng diingatkan supaya tidak menjadi ‘drama king’ manakala Mohamed Azmin meletakkan peneroka Felda lebih tinggi berbanding kepentingan politik.

“Peneroka Felda adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia dan mereka juga mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jangan disisihkan kelompok ini kerana hasil sawit mereka antara yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan potensi nilai eksport mencecah RM80 bilion setahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam Guan Eng berkata, isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan tersebut akan dijawab Mohamed Azmin ketika lawatannya ke Sungai Koyan minggu ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kelewatan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana peruntukan RM77 juta telah diluluskan kerajaan Persekutuan pada 20 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN