KUALA LUMPUR 30 Jan. – Felda didakwa gagal menguruskan ladang sawit dan getah sehingga menjejaskan aliran tunai agensi itu serta memberi kesan kepada pendapatan peneroka. Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 Felda, Mohd. Stap Othman berkata, kegagalan agensi terbabit termasuk Felda Technoplant Sdn. Bhd. (FTPSB) dalam menghasilkan produktiviti yang berkualiti antara punca utama berlakunya masalah berkenaan. Menurutnya, masalah tersebut bermula daripada kegagalan proses tanam semula, pengurusan operasi mengikut amalan pertanian dan…










