KUALA LUMPUR – Rata-rata murid sekolah rendah memilih kasut hitam sebagai kasut pilihan untuk sesi persekolahan tahun ini yang bermula hari ini. Tinjauan Kosmo! di Sekolah Rendah Taman Tun Dr. Ismail, di sini mendapati kasut hitam menjadi kegemaran majoriti pelajar terutama murid darjah satu. Seorang ibu kepada pelajar yang mendaftar bersekolah di sini, Rifqah Abd. Muis, 35, berkata, dia lebih suka menggunakan kasut hitam untuk anaknya kerana tidak mudah kotor. “Anak…










