BERLIN 27 Jan. – Ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac mengakui bahang perebutan Bundesliga semakin dirasai apabila penyandang juara itu ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Bourussia Dortmund. Dortmund membelasah Hanover 5-1 dalam aksi liga semalam dan itu menyebabkan Bayern jatuh ke tangga ketiga selepas Borussia Moenchengladbach mengambil alih tempat mereka di kedudukan kedua selepas menewaskan Augsburg 2-0. Bayern yang akan melayan kunjungan kelab ketiga tercorot, VfB Stuttgart di Arena…










