Jumlah kerugian akibat Macau Scam di Pahang menurun - Utusan Malaysia

Jumlah kerugian akibat Macau Scam di Pahang menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jumlah kerugian membabitkan kes penipuan dalam talian di seluruh Pahang mencatat penurunan kepada RM5.06 juta tahun lepas berbanding RM8.02 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, jumlah kes yang direkodkan juga berkurangan kepada 658 berbanding 726 kes pada 2017.

“Kes paling tinggi dicatat membabitkan pinjaman tidak wujud sebanyak 297 kes dengan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa RM419,088 diikuti pembelian dalam talian 152 kes melibatkan kerugian RM1 juta.

“Bagi penipuan Macau Scam pula membabitkan 135 kes dengan jumlah kerugian RM2,575,480.37 dan penipuan oleh rakyat Afrika sebanyak 74 kes dengan jumlah kerugian RM1,066,122.52,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, penurunan kes berkenaan antara lain berikutan kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat negeri ini berhubung jenayah itu menyebabkab mereka lebih berhati-hati. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN