JPJ akan perkemas SOP susulan kejadian acu pisau - Utusan Malaysia

JPJ akan perkemas SOP susulan kejadian acu pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkemaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka bagi aktiviti pengujian pelesenan pemandu bagi memastikan keselamatan anggota penguji serta calon semasa proses pengujian berlangsung.

Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat JPJ melalui satu kenyataan menjelaskan, langkah tersebut diambil susulan insiden ancaman jenayah yang berlaku di Batang Benar, Negeri Sembilan pada 8 Januari lalu yang melibatkan seorang anggota penguji dan seorang calon sewaktu proses pengujian sedang berjalan.

“Berikutan kes tersebut, JPJ akan meneliti dan memperkemaskan SOP sedia ada bagi mengelakkan kejadian serupa berulang serta mengurangan risiko keselamatan yang melibatkan anggota pengujian serta calon sewaktu proses pengujian diadakan.

“Sebagai perancangan, JPJ akan turut melaksanakan ‘e-testing’ yang mengaplikasikan teknologi sensor dan kamera dalam urusan pengujian,” ujar kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan tersebut juga akan menjadikan keputusan ujian lebih objektif di samping mengurangkan campur tangan manusia dalam proses ujian dan penilaian.

Kosmo! semalam melaporkan tindakan seorang penuntut kolej berusia 18 tahun yang bertindak menghunuskan sebilah pisau kepada seorang anggota JPJ apabila diminta untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan selepas melakukan kesalahan mandatori iaitu tidak berhenti di lampu isyarat.

Anggota JPJ tersebut bagaimanapun berjaya meloloskan diri dan menghubungi penyelia calon serta pihak polis bagi mendapatkan bantuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN