AS musnahkan lima kapal tangki minyak Iran berhampiran Pulau Kharg

AS musnahkan lima kapal tangki minyak Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHNGTON: Pasukan Amerika Syarikat (AS) memusnahkan lima kapal tangki minyak Iran selepas Teheran melancarkan peluru berpandu balistik ke arah sebuah kapal perang AS sebanyak dua kali sejak beberapa hari lalu, menurut tentera AS.

Menurut Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), empat daripada kapal tangki itu diserang di Teluk Oman, manakala kapal tangki kelima diserang berhampiran Pulau Kharg, sebuah pulau di Teluk Parsi yang menjadi terminal utama Iran bagi eksport minyak mentah.

CENTCOM mendakwa kapal-kapal berkenaan merupakan sebahagian daripada ‘armada bayangan’ Iran, iaitu rangkaian kapal tangki yang digunakan Teheran untuk mengeksport minyak dan menjana pendapatan bagi rejim itu.

“Pasukan AS mengarahkan anak kapal meninggalkan kapal sebelum kapal berkenaan diserang dan dilumpuhkan.

“Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan terbaharu Iran yang gagal,” kata CENTCOM dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai AS berkata, pasukan AS menyerang kapal tangki Iran yang mempunyai kaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), sebagai tindak balas terhadap cubaan serangan peluru berpandu ke atas sebuah kapal perang Tentera Laut AS.

Serangan itu berlaku ketika AS memberi tumpuan kepada strategi perang yang mengutamakan serangan atau pelumpuhan sasaran di sekitar selat berkenaan.

Selain itu, AS turut menjalankan operasi pengiring untuk kapal komersial melalui laluan perairan penting itu serta meneruskan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tekanan ekonomi terhadap kepimpinan negara itu.

Iran berikrar untuk membalas dengan menyasarkan kapal tangki minyak berhampiran pelabuhan Bahrain dan Kuwait.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×