Jika saya menang, ia merupakan kemenangan untuk kebenaran dan ketelusan - Manogaran - Utusan Malaysia

Jika saya menang, ia merupakan kemenangan untuk kebenaran dan ketelusan – Manogaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Jika saya menang, ia akan menjadi kemenangan untuk kebenaran, ketelusan dan keadilan,” kata Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran.

Timbalan Pengerusi DAP Pahang yang akan kembali sebagai calon DAP untuk PRK Parlimen Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari ini berharap dapat melihat pertandingan yang bersih dan adil di kalangan semua calon.

“Saya mahu (PRK) ini menjadi permulaan ke arah pemilihan sejagat dengan amalan demokrasi yang akan dilaksanakan tanpa rasa takut, tanpa memihak dan yang penting tanpa politik wang,” katanya ketika ditemui selepas pencalonannya diumumkan pada sidang media mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai keyakinannya memperoleh majoriti besar berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (GE14) yang menyaksikan beliau kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk C. Sivarraajh dengan margin yang tipis. Manogaran berkata, beliau lebih suka tidak terlalu yakin tentang perkara itu.

“Saya tidak mahu berasa terlalu yakin, saya hanya berharap untuk menang. Kemenangan ini bukan kemenangan saya. Jika saya menang, ia merupakan kemenangan untuk kebenaran, ketelusan dan keadilan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN