Jerebu: 437 sekolah ditutup selama tiga hari di Bangkok - Utusan Malaysia

Jerebu: 437 sekolah ditutup selama tiga hari di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 30 Jan. – Kira-kira 437 sekolah awam di bandar ini terpaksa ditutup mulai tengah hari tadi hingga Jumaat ini akibat jerebu bertoksid yang semakin meruncing.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) Bangkok hari ini mengeluarkan arahan tersebut untuk mengatasi krisis pencemaran udara yang mendapat perhatian ramai.

Ibu negara Thailand yang diselubungi jerebu sejak seminggu lalu memaksa penduduk memakai topeng dan menceruskan kritikan di media sosial kerana tindak balas tidak sekata daripada kerajaan.

Pihak berkuasa telah membuat pembenihan awan, menyembur air untuk memerangkap bahan pencemar mikro selain meminta orang ramai tidak membakar colok dan kemenyan semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok hari ini mengeluarkan amaran kesihatan dan mengarahkan 437 sekolah awam di bandar ditutup selama tiga hari selain menjadikan 1,500 kilometer persegi di bandar Bangkok sebagai kawasan kawalan.

“Keadaan jerebu ini dijangka berlarutan sehingga 4 Februari, jadi saya menutup sekolah,” kata Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang yang juga mengharapkan jumlah kenderaan akan berkurangan susulan arahan penutupan sekolah tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN