KUALA LUMPUR 19 Jan. – Pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Daerah
Hulu Selangor (MDHS) dinasihatkan membayar cukai taksiran sebelum 28
Februari ini bagi mengelakkan caj kelewatan sebanyak RM20.
MDHS dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya pemilik masih gagal
menjelaskan bayaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis dikeluarkan,
harta pemilik boleh dikenakan tindakan sita di bawah Seksyen 148 Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
“Kami telah mengeluarkan sebanyak 106,399 Bil Cukai Taksiran bagi penggal
1 tahun ini dan memperkenalkan inisiatif baharu iaitu transaksi tanpa
tunai yang mana pelanggan berpeluang mendapat rebat RM3 setiap penggal.
“Pelanggan yang masih tidak menerima bil cukai mereka diminta menghubungi
MDHS di talian 03-60641331, 03-60641331 atau emel kepada
[email protected],” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN
ONLINE










