KEGAGALAN skuad Harimau Malaya menjulang kejuaraan ketiga Piala AFF Suzuki 2018 sebenarnya tidaklah begitu mengecewakan lantaran mara ke pentas akhir sudah boleh dianggap pencapaian membanggakan. Muncul sebagai naib juara bolehlah dianggap sebagai kejayaan kepada skuad negara selepas apa yang berlaku. Kejayaan itu sedikit sebanyak dikaitkan dengan kehadiran pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh dari Gambia yang memberi impak serta dimensi baharu terutama di bahagian jentera serangan. Kemudian timbul pendapat bahawa…










