Jaguh pecah rumah ditahan polis - Utusan Malaysia

Jaguh pecah rumah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 11 Jan. – Tiga rakan yang sebelum ini menjadi jaguh dalam kes-kes pecah rumah di sekitar Kuala Lumpur, Kedah dan negeri ini akhirnya ditahan polis dalam dua tangkapan berasingan di Kulim, Kedah semalam.

Dua suspek yang berusia 43 dan 34 tahun ditahan polis di Taman Angsana, Kulim ketika mereka sedang memandu kenderaan pada pukul 8.30 malam, manakala seorang lagi suspek ditahan di rumah sewa di Taman Jati, Kulim pada pukul 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes-kes pecah rumah yang berlaku di Kuala Lumpur, Kedah dan juga negeri ini.

“Suspek pertama yang berusia 43 tahun dipercayai menjadi perancang utama kumpulan pecah rumah berkenaan dan dia didapati mempunyai 36 rekod lampau membabitkan jenayah.

“Siasatan awal mendapati modus operandi geng ini ialah memecah masuk rumah orang kaya atau mewah dan menjalankan kegiatan berkenaan pada siang hari iaitu ketika pemiliknya keluar bekerja,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN