KUALA LUMPUR 12 Jan. – Majlis Sukan Negara (MSN) akan memanggil seorang pelayar yang sudah layak secara merit ke Sukan Olimpik 2020 untuk mengadakan pertemuan dari hati ke hati berhubung pemilihan jurulatihnya yang tidak disambung kontrak sebelum ini. Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, jurulatih yang dimaksudkan adalah bapa kepada salah seorang pelayar Olimpik berkenaan iaitu Khairul Nizam Mohd. Afendy. Pertemuan itu katanya perlu diatur selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN/Majlis Olimpik Malaysia/Persatuan Pelayaran Malaysia semalam gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan Mohd. Afendy Abdullah. “Bagi Khairulnizam sendiri yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya