BAITULMUQADDIS 30 Jan. – Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan memberi amaran akan menghalang pertubuhan Amnesty International daripada memasuki Israel selepas organisasi itu menuduh Airbnb, Booking.com, Expedia dan TripAdvisor menggalakkan jenayah perang dengan menawarkan kemudahan penginapan di penempatan haram. “Amnesty International, organisasi hipokrit yang bercakap dengan nama hak asasi manusia, cuba untuk mempromosikan boikot terhadap Israel. “Saya sudah mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Strategik untuk meneliti kemungkinan menghalang kemasukan anggota Amnesty…










