LONDON 19 Jan.- Seorang anggota tentera laut Britain digelar Iron Man dunia nyata selepas terbang sekitar kem latihan tentera Lympstone menggunakan sebuah jaket terbang khas. Aksi komando itu yang terapung-apung dan terbang di sekitar kem tentera tersebut tular di Internet dan mengundang keterujaan dalam kalangan warganet. Jaket dinamakan Daedalus itu dihasilkan seorang anggota tentera marin, Richard Browning. Daedalus menggunakan lima enjin turbin bersaiz kecil dan mampu terbang sehingga 3,657 meter…










