JAKARTA 26 Jan. – Pasukan kempen calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno mengkritik sebuah akhbar tabloid tempatan, Indonesia Barokah yang didakwa cuba memburukkan imej kedua-dua pemimpin itu. Detiknews melaporkan, pengedaran akhbar tabloid itu di masjid dan sekolah asrama Islam di beberapa daerah Indonesia kurang disenangi Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno yang menyifatkannya sebagai percubaan mempengaruhi minda pengundi. “Indonesia Barokah jelas mengandungi elemen kotor bagi menjatuhkan Prabowo. Pemilik syarikat seharusnya bertanggungjawab dalam memastikan pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia bersih,” kata jurucakap pasangan Prabowo-Sandiaga, Suhud Alynudin di sini semalam. Namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya