Tiada penyakit berkaitan jerebu dikesan di Melaka

Tiada penyakit berkaitan jerebu dikesan di Melaka

KUALITI udara dan jarak penglihatan di sekitar Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka bertambah baik selepas hujan. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiada penyakit berkaitan jerebu dikesan di Melaka setakat ini selepas beberapa kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan tidak sihat sejak Ahad lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, tiga penyakit berkaitan jerebu yang dipantau ialah asma, jangkitan selaput mata (konjunktivitis) dan jangkitan akut salur penafasan atas.

Beliau berkata, tiada trend kenaikan yang ketara daripada analisis penyakit yang dipantau bagi minggu epid ke-23 (Jun) hingga minggu epid ke-29 (Julai).

“Pemantauan rapi dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melalui beberapa klinik sentinel dan Jabatan Kecemasan Hospital Melaka. Kerajaan negeri sentiasa peka dengan keadaan semasa dan akan bertindak secara umum mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

“Bagi pengurusan kesihatan, pihak jabatan mengikut garis panduan Pelan Tindakan Pengurusan Kesihatan Akibat Jerebu,” katanya dalam sidang akhbar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, Alor Gajah mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 79 diikuti Bukit Rambai (79) dan Bandaraya Melaka (72).

Hee Sem berkata, pemakaian pelitup muka ketika ini tidak diwajibkan tetapi orang ramai digalakkan memakainya jika berada di luar rumah.

Katanya, orang ramai terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik dinasihatkan berada di rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini