Imigresen siasat pegawai didakwa buli wanita Perancis - Utusan Malaysia

Imigresen siasat pegawai didakwa buli wanita Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melakukan siasatan dalaman selepas seorang penyelidik yang berasal dari Perancis mendakwa menjadi mangsa buli dan diugut para pegawai JIM ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, JIM memandang serius mengenai tuduhan tersebut dan akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

Berliau berkata, wanita warganegara Perancis itu tersenarai dalam ‘senarai syak’ (SL).

“Pegawai imigresen mengikuti SOP yang ditetapkan dan telah membawa subjek ke pusat operasi Jabatan Imigresen untuk membuat pemeriksaan lanjut. Semakan lanjut mendapati nama subjek disenaraikan dalam SL oleh sebuah agensi penguat kuasa.

“Pegawai Imigresen yang bertugas telah menghubungi wakil dari agensi penguatkuasaan berikut untuk tindakan selanjutnya dan cuba untuk memberikan penerangan situasi sebenar kepada subjek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Khairul, subjek dan pegawai imigresen terbabit masing-masing telah membuat laporan polis dan memberikan segala butiran kejadian.

Tambahnya lagi, JIM akan memberikan kerjasama dengan telus dan sepenuhnya kepada pihak polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×