Iklan masakan babi: MAS perlu prihatin sensitiviti umat Islam - Utusan Malaysia

Iklan masakan babi: MAS perlu prihatin sensitiviti umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membantah promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. (MAS), Going Places keluaran Januari 2019.

Naib Presiden merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah berkata, iklan yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings itu jelas menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan pelanggan MAS yang utama.

“Apakah MAS yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan?

“Pihak MAS perlu prihatin dan peka dengan sensitiviti umat Islam, paparan gambar daging steak babi dalam iklan tersebut amatlah menggusarkan umat Islam. Apakah tiada lagi makanan lain yang boleh diiklankan?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, jelas Dr. Amini Amir,  MAS perlu meminta maaf kepada umat Islam dan perlu memastikan perkara tersebut  tidak lagi berulang. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN