Identiti pemandu kenderaan terhumban ke dalam laut dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti pemandu kenderaan terhumban ke dalam laut dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Identiti pemandu kenderaan yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi ini telah dikenal pasti.

Mangsa seorang lelaki dikenali Moey Yun Peng, berusia 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan utiliti sukan Mazda CX-5 itu membuat laporan polis pukul 5 petang selepas anak lelakinya berusia 20 tahun yang memandu kereta itu tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.

“Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anaknya tidak pulang dan dia menerima maklumat dari rakan anaknya itu bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terhumban ke dalam laut.

Menurut bapanya, mangsa adalah pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth,”  katanya di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×