Ibu paksa anak panjat balkoni selepas tertinggal kunci rumah - Utusan Malaysia

Ibu paksa anak panjat balkoni selepas tertinggal kunci rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GIZA, Mesir – Satu rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki dipaksa memanjat balkoni flat mereka dari sebuah tingkap di tingkat tiga oleh ibunya selepas dia terlupa membawa kunci rumah dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Video itu memaparkan aksi remaja tersebut, Osama, 13, yang menjerit beberapa kali ketika cuba memanjat balkoni itu.

Remaja yang ketakutan itu mendepakan kaki dan badannya untuk memanjat balkoni itu selepas dipaksa ibunya untuk memasuki kediaman mereka meskipun dia hampir terjatuh.

Selepas beberapa kali mencuba, Osama berjaya berpaut pada balkoni itu tetapi gagal memanjat masuk ke dalam kediamannya. Ibunya menampar Osama selepas membantu remaja itu kembali masuk ke tingkap tersebut.

Menurut media tempatan, ibu remaja tersebut kini disiasat dan berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan denda maksimum 5,000 pound Mesir (RM27,000) jika didapati bersalah mendera kanak-kanak itu.– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×