Ibu Linda, Diana Rafar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Linda, Diana Rafar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi Linda Rafar, Rasimah Abd. Rahman, 73, telah menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah pusat perubatan sebentar tadi.

Menerusi kemas kini Instagram, Linda melahirkan rasa sedih di atas pemergian ibunya tercinta.

“Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis Linda di Instagram Story.

Berita pemergian itu turut dikongsi adiknya, Diana Rafar yang memaklumkan ibunya sudah dijemput Ilahi.

“Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah meninggal dunia.

“Tolong doakan mak, Rasimah Abd Rahman,” katanya di Instagram Story sekitar pukul 9.44 malam tadi.

Terdahulu, tangan kiri Rasimah terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×